dia mengamuk.
sebab mereka belum siap sepatah kata pun untuk kerja sekolah.
kenapa mengamuk?
nanti cepat tua.
kerana itu amukan sayang.
tidak kisah cepat tua. asal belajar dari silap.
dia risau jika mereka tidak cukup ilmu saja.
risau itu bagus.
dia mengamuk.
sebab si 16 tahun lupa kunci jam malam itu. lalu terlanjur lena.
kenapa mengamuk?
nanti cepat tua.
kerana itu amukan sayang.
tidak kisah cepat tua. asal belajar dari silap.
dia bimbang jika si 16 tahun itu menjadi nyanyuk pada setahun jagung.
bimbang itu bagus.
dia mengamuk.
sebab si selalu-pulang-lewat-malam pulang lewat malam lagi. kunjungi baitulhikmah.
kenapa mengamuk?
nanti cepat tua.
kerana itu amukan sayang.
tidak kisah cepat tua. asal belajar dari silap.
dia khuatir jika ditimpa marabahaya di lewat malam.
khuatir itu bagus.
----
nota untuk orang yang diamuk:
memang pedih. sabar sayang. itu iman.
bukan semua amukan itu neraka.
dan bukan semua amukan itu purnama.
faham-fahamlah.
anggap saja itu amukan sayang.
nota untuk orang yang mengamuk:
memang geram. sabar sayang. itu iman.
jangan ikut hati nak ditunjal kepala orang.
simpan sedikit suara itu buat sendiri.
tiada siapa yang suka diamuk. memang rasa macam nak pecah kepala.
sabar saja.
bukan semua cepat ambil ilmu dijalan.
mereka jenis slow and steady. jangan amuk.
perlahan saja.
nota untuk orang yang bakal diamuk:
janganlah bikin orang susah.
jangan bikin orang geram.
tiada siapa yang suka mengamuk.
sebelum ditegur, sebelum ditempik, sebelum dipekik
ambil hati mereka. janganlah ampu.
ambil hati saja. dengar kata.
ampu itu bangang.
nota untuk orang yang bakal mengamuk:
tarik nafas sedalam mungkin. bayang segala indah.
pantai, benamnya matahari, pelangi, yang tercinta, yang di atas sana.
segalanya. jangan dilepas segala indah jika masih dalam rasa amukan.
nota untuk orang yang telah diamuk:
jangan menangis. jangan esak. jangan sendu. jangan pilu.
yang harus dan perlu cuma jangan ulang.
pisang tidak boleh berbuah dua kali.
biar kepala itu lebam ditunjal.
terima segala. lebam itu cuma kesan sampingan daripada amukan sayang.
jangan ulang ya, sayang?
nota untuk orang yang telah mengamuk:
kenapa mengamuk? janganlah mengamuk.
tidak baik untuk kesihatan.
darah meloncat-loncat, stres mendaki gunung, kepala mendenyut kencang.
kesian darah. letih meloncat-loncat.
kesian stres. lelah mendaki gunung.
kesian kepala. penat kencang mendenyut.
jangan ya, sayang?
ingat iman yang ada. penting.
Tuesday, October 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment