kalau mampu untuk aku tabik kau berkali-kali, aku akan.
betul. sebab kau pandai.
Analogi :: kau memang orang yang degil. ramai tahu hakikat itu. jadi, suatu hari, kau sesat celah hutan tropika yang tebal penuh haiwan, awan pun tak nampak, cahaya pun hendak tak hendak je menyinari, sejuk je sepanjang denai. kau sesat pun sebab kau sendiri yang rasa kau boleh hidup sendiri walaupun tak ikut kumpulan yang sedia bantu setiap orang yang perlu bantuan. setelah dinasihat sampai berbuih mulut, kau tetap dengan rancangan kau.
ok, nak jadikan cerita. bila kau sesat, kau lolong sekuat-kuatnya cari mak. akhirnya, ada orang datang sambut. orang tanya macam mana kau boleh sesat. haa. di sini bermulanya hikayat mahakarya cerita dongeng tahap sekalian alam. di sini kau mula putar belit cerita sampai patah segala tengkuk riuk orang nak faham kau.
cerita kau :: kumpulan yang sedia bantu kau sengaja tinggalkan kau semasa kau tidur.
orang percaya. walaupun orang tahu hakikat kau degil namun orang masih percaya. aku tak tahu kenapa. tolol sangat ke orang tu sampai cerita bodoh itu dikata kata-kata benar? kiranya kau boleh menang novelis remaja terunggul. cantek lah. sungguh tolol orang sekarang.
hujungnya, orang tuding jari kepada ...?
so-called kumpulan yang sedia bantu kau.
sedangkan, hakikat ...?
dah berbuih mulut bagi nasihat. kau degil.
tahniah! minda orang yang aku anggap kelas pertama telah kau kuasai.
kau pakai ilmu apa eh? aku nak belajar.
kalau kau dapat kuasai minda orang kelas pertama, maknanya, kau minda kelas ke berapa? negatif satu kuasa 10000?
ataupun kau yang punya kelas minda pertama. cuma orang itu yang punya minda kelas negatif 100. terlalu tolol mungkin.
kau putar belit lah cerita kau. kau manipulasi lah orang.
kau pusing kiri bila perlu pusing kanan, takpa. kau akan betul juga.
kau undur belakang bila perlu maju ke depan, takpa. kau akan betul juga.
apa salah kau buat, kau tetap betul.
tak perlu risau.
kalau mampu aku tabik kau berkali-kali, aku akan.
tapi, aku letih.
letih melayan songeh remeh orang. terutama bila kau kuasai mereka.
petang semalam, banyak yang aku timba.
susur galur hidup dari pandangan yang tak pernah terlintas untuk aku intai pun.
kata-kata hikmah yang aku dapat sumpah, sampai mati aku ingat.
batasan rasa yang perlu ada antara manusia.
ragam manusia yang tak pernah wujud dalam hidup aku, akhirnya timbul dari permukaan.
dan ...
susun atur hidup aku dari Tuhan yang sangat terlalu sempurna rupanya.
alhamdulillah. aku syukur. aku redha.
mata kuyu. masa dah tiba untuk jumpa bantal.
afiq, i'll be praying for you always. :)
goodnight. ai-em-wai.
with love,
me.