Sunday, November 14, 2010

ceritanya macam ni lah.

pada 18 september 2010 yang lalu,
ibuku telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.
seperti biasa, aku akan menjadi sangat sibuk dengan menyedia makanan, melayan tetamu dan lain-lain.
jadi, aku dengan berbesar hatinya, telah menjemput keluarga guruku untuk datang bertandang ke rumah untuk majlis itu.

disini lah bermulanya pertemuan kami berdua secara rasmi nya.
sebelum ini kami pernah berjumpa tetapi dari jarak yang taklah jauh, taklah dekat.
guruku telah memperkenalkan kami berdua.
baiklah. tak kisah lah sangat.
aku macam biasa je. masih sibuk ke sana ke mari pada hari itu.
bla .. bla .. bla ..
majlis pun habis, mereka pun dah balik.
bla .. bla .. bla ..

ok. sampai lah ke 25 september 2010 yang lalu.
guruku telah mengadakan majlis rumah terbuka di rumahnya pula.
aku dengan perasaan biasa, datang lah ke rumahnya. sebab memang dari tahun lepas, perkara wajib masa raya ialah pergi ke rumah guruku ini.

tup tup. aku mendapat tahu bahawa si dia telah berkirim salam kepadaku.
aku .. aku .. aku .. tergamam?
hrm.
pada malam itu aku macam tak kisah sangat lah.
tapi, esoknya, aku fikir balik. hati aku melompat-lompat macam beruk.

dan ... sekarang.
aku jadi confuse.
mula dari tarikh 25 september tu, aku dah start ber-kontek dengan si dia.
tapi, takda lah sampai kontek tahap gaban gila babi.
setakat sms 3-4 kali. itu pun semingu 2minggu sekali.
dalam masa-masa tu, tiba-tiba aku mula rindu kat dia lah, terfikir pasal dia lah.

----f*ck.
spm 9 hari lagi. aku sudahi cerita ni dengan tali gantung, ok? tapi aku dah dapat agak orang dah paham kesudahan nya.

dearest afiq,
this is for you.

with love,
me.

1 comment: