Wednesday, December 30, 2009

yang tertinggal.

sudah tak dapat nak patah balik kalau ada yang tertinggal sebab kita dah jauh berjalan.
hari ini, 30.12.2009, bermakna sudah 364 hari kita berjalan.

jangan gelisah. apa yang tertinggal, kita kutip pada masa hadapan pula.
tapi, kali ini, kita tak boleh tinggalkan lagi.
kali ini, memang wajib kutip segala yang tertinggal.

esok hari terakhir perjalanan kita selama 365 hari.
make it a great 365 trip. make every second counts.

tutup tabir itu.
hari makin gelap.
senja makin datang.
cahaya makin pulang.
tapi, selagi hari ini digelar hari ini,
kita masih hidup sebagai kita.
hidupkan hidup kita.
jangan mati dulu. jangan hilang dulu.
esok ada.
esok jelang, kita harus orang baru.
gembira, kan?
tibanya esok, buka tabir seluasnya.
biar mereka lihat kita yang baru.


Saturday, December 26, 2009

aku memang agak retard.

aku memang agak macam ni.
aku patut ditampar sahaja.
aku patut diterajang sahaja.
aku memang selalu terlalu.

tapi aku takkan selalu jika orang tak jentik aku.
aku takkan pernah jika orang tak tempik aku.

jangan buat orang lenting kalau kau takkan orang lenting kau balik.
kau cari pasal, padan muka kau kalau orang tempik kau balik.

tapi, aku memang sedih kalau bila orang jentik tempik aku dulu, lepas itu, aku lenting, tapi orang yang lebih dewasa cakap, U R WRONG.
im wrong? well, he started it.!

i know im the matured one.
ergh. malas lah cakap.

aku tahu aku salah. bye.

Friday, December 25, 2009

kadang-kadang.

kadang kadang aku tak berapa suka mereka.
kadang kadang aku paling tak suka mereka.
kadang kadang mereka paling tak ada akal. dan aku masih tak suka.

kadang-kadang mereka paling kurang ajar.
kadang kadang mereka paling melalut.
kadang kadang mereka paling palat.

mereka paling annoying.
mereka paling irritating.
mereka paling fake.
FAKERS.

*aku nak mencarut*
mereka paling SHITTY.

ok. dah.

Saturday, December 19, 2009

dunia kami.

anak satu sedang ber-webcam dengan sayangnya.
anak dua sedang layan ikan-ikan di fesbuk.
anak tiga sedang tulis cerita-cerita di blog. (ini aku)

layan cerita sendiri.
seronok tengok keletah kami.
aku sendiri tergelak kecil.
:)

aku paling tua. tapi perangai macam paling muda.
tapi, takkan lah aku perlu serius bila bersama mereka.
itu gila.
itu tidak cool. haha!
aku perlu sentiasa cool dengan mereka. berlagak cool pun boleh lah.
asal mereka gembira. aku pun gembira.

Tuesday, December 15, 2009

masih disini.

aku tak dapat bayangkan kalau aku hilang penulisan aku.
aku tak dapat bayangkan kalau aku hilang pengamatan aku.
aku tak dapat bayangkan kalau aku hilang segalanya aku.

o mai gawsh.

aku baru habis tonton drama jepun.
seliter air mata.
oh, itu tajuknya. 1 litre of tears.
dan memang seliter air mata aku dikorbankan.
memandangkan kalau aku kata bergelen-gelen air mata keluar, itu sudah keterlaluan yang terlampau.
jadi, aku kata seliter air mata sudah cukup menampakkan genre drama itu.

Dalam gambar ::
perempuan, watak utamanya. Ikeuchi Aya.
lelaki, kawan paling baik. Haruto Asou.
dan anjing yang diberi nama Ganmo.

selebihnya, sila tonton sendiri.

bagi aku yang tak merasa pun dapat terasa kesannya.
apalagi dia yang merasa.
sampai ke tulang temulang perit jerih nya.
hingga ke jiwa raga payah susah nya.
oh, lupa ucap. ini memang cerita sebenar.
memang terjadi. lebih kurang 20 tahun dahulu.

Tuhan Maha Besar.
Tuhan Maha Bijaksana.
Dia tahu apa yang dia buat.
Jangan cuba kita tukar yang Dia sudah rancang.
Ikut sahaja.
Berusaha untuk buat setiap saat perjalanan itu berbunga-bunga.

Percantik jalan kita tanpa menukar jalan baru.
Tambah warna sahaja.
Cukup. Bila sudah cantik, kita hidup dalam suka.

Saturday, November 21, 2009

hilang semua rasa kecuali rasa pahit.

manis bila;
abah bawa pulang basikal baru pada hari lahir yang ke-8.
tiba-tiba..
pahit bila;
abah kata basikal itu bukan untuk kamu tapi untuk si adik.

sumpah akan ingat sampai besar.

manis bila;
cikgu kata kamu dapat markah yang paling tinggi untuk ujian kali ini
tiba-tiba..
pahit bila;
cikgu kata, 'eh, silap-silap. bukan kamu. kawan baik kamu.'

sumpah akan ingat sampai tamat sekolah.

manis bila;
arjuna beli ros merah dan pemanis mulut sambil mengucapkan kata-kata cinta.
tiba-tiba..
pahit bila;
dihujung kata-kata cinta, arjuna minta pisah.

sumpah akan ingat sampai mati.

manis bila;
jejaka yang kamu diam-diam cinta rapat dengan kamu.
tiba-tiba..
pahit bila;
jejaka itu luahkan cintanya kepada rakan terbaik kamu.
(oh, rakan terbaik kamu juga luah cinta pada jejaka itu)

sumpah akan ingat sampai kiamat.

ok.
aku dah tidak peduli.
aku nak luah juga.

aku dah sering kali terkena salah satu daripada situasi di atas.
aku sepatutnya sudah imun dengan perasaan pahit itu.
tapi, tidak tahu kenapa.
kali ini, ia benar-benar menyengat.
macam kena tusuk duri.
aku banyak kali tenangkan diri sendiri.
tapi, seperti tak sampai lah. pending.

Friday, November 20, 2009

jangan risau.


i was just browsing for some pictures and found this.
just thought that this bridge means something.

hey, people!
don't stop at the end of that bridge!
just jump off that bridge and lets just swim to that island!



Wednesday, November 18, 2009

oh kesian.

tiba-tiba terasa kesian dengan blog ini.
tuannya baru sedar yang blognya tidak berbaju.

kalaupun berbaju, bajunya amatlah jarang.

--wahai blog--

bukan tuan kamu tidak peduli kamu berbaju atau tidak.
dan bukan tuan kamu tidak punya masa.
tuan kamu punya paling banyak masa.

maaflah, tuan kamu ada penghidap penyakit malas.
dan penyakit sumpah-tak-tahu-macam mana-nak-buat.
hoho.
bukan terencat teknologi.
tuan kamu memang tak pernah reti dengan blog.
cuma tahu nota-nota kecil di fesbuk.

blog,
kamu sabar ya.
nanti, tuan kamu akan belajar dari rakannya untuk mencantikkan kamu.

tuan kamu sedang bayangkan memakaikan baju rona hitam ke atas kamu.
atau
baju rona maroon. lebih cantik! dengan rona tulisan maroon yang lebih gelap.!

ok. set.
maroon.
tunggu ya.

Monday, November 16, 2009

mahu tapi buntu.

hai kawan-kawan. (macam dalam kartun kanak-kanak!)

mau update tapi tandus idea.

apa cerita dunia sekarang?
kejap. layan berita online.

---sekembalinya aku dari melayan berita-berita online yang banyak hal---

masuk court, keluar court.
rogol orang, bunuh orang.
rasuah sana, rasuah sini.

bagus sangat lah tu.

kemalangan.
kematian.

takut la pulak. seram pun ada.
:|

OK. TUKAR TOPIK.

topik apa?
maaf lah. satu perkara sahaja yang ada dalam kotak minda.
perkara yang tersangat klise. tapi yang sering menimbulkan pelbagai tanda.
tanda tanya, tand seru, tanda noktah, tanda koma, papan tanda.
*aa sudoh. dok beto doh aku nih.*

malas nak sebut apa benda itu. biarkan lah.

Thursday, November 12, 2009

Wahai Tuhan.

Wahai Tuhan,
tolong jaga mereka-mereka yang aku sayang.
tolong lindung mereka-mereka dari petir ribut taufan segala.
tolong tetapkan hati mereka-mereka dengan perkara baik-baik.

Wahai Tuhan,
minta untuk tabahkan mereka-mereka yang aku sayang.
minta untuk terangkan jalan mereka-mereka dengan sinarmu yang benderang.
minta untuk jangan patahkan mereka-mereka di simpangan jalan hidup.

mereka istimewa yang terlalu bagi aku.

KEJAP.

ketika menulis entri ini, fikiran aku bayangkan seorang sahaja.
oh, tidak. aku memang gila.

tapi, memang sungguh mereka istimewa.
doa-doa tetap dituju buat mereka-mereka.

mereka-mereka,
harap kalian selamat semua.

Friday, October 30, 2009

seryesli.

AMARAN: JANGAN BACA KALAU AKAN RASA JELIK DENGAN LUAHAN HATI.
:)

sorry. aku nak cakap pasal hati.
klise siyot.
dah beberapa hari aku tahan.

aku jatuh cinta lagi!

tak patut.

tak patut.

tak patut.

tak patut.

tak patut.

tak patut.

tak patut.

tak patut.

tapi. seryesli.
aku jatuh cinta lagi ke?
saya gelak besar sangat bila awak buat lawak yang kecil.
saya ingat awak sampai tertidur.
saya jadi budak baik bila dekat dengan awak.
cukup tak itu sebagai bukti saya jatuh cinta lagi?

awak. minta maaf. awak baik terlalu bagi saya. dengan itu, saya pun jatuh.
saya tahu ini tak patut.
tapi, bagaimana nak elak?
kita selalu bersama sejak-sejak ini.
kita makin rapat sejak-sejak ini.
awak tak patut terima ini. sebab ini tak patut jadi.

saya dah agak.

saya dah agak.

saya dah agak.

saya dah agak.

saya dah agak.

i should have avoided this thing.
when i had the time.
but no. i keep on being around u.
foolish me.
foolish me.
foolish me.
foolish me.
foolish me.

saya harap akan berhenti.
saya harap tak akan berhenti.
aduh.
bangang.

stop.

Tuesday, October 20, 2009

amukan sayang.

dia mengamuk.
sebab mereka belum siap sepatah kata pun untuk kerja sekolah.
kenapa mengamuk?
nanti cepat tua.
kerana itu amukan sayang.
tidak kisah cepat tua. asal belajar dari silap.
dia risau jika mereka tidak cukup ilmu saja.
risau itu bagus.


dia mengamuk.
sebab si 16 tahun lupa kunci jam malam itu. lalu terlanjur lena.
kenapa mengamuk?
nanti cepat tua.
kerana itu amukan sayang.
tidak kisah cepat tua. asal belajar dari silap.
dia bimbang jika si 16 tahun itu menjadi nyanyuk pada setahun jagung.
bimbang itu bagus.


dia mengamuk.
sebab si selalu-pulang-lewat-malam pulang lewat malam lagi. kunjungi baitulhikmah.
kenapa mengamuk?
nanti cepat tua.
kerana itu amukan sayang.
tidak kisah cepat tua. asal belajar dari silap.
dia khuatir jika ditimpa marabahaya di lewat malam.
khuatir itu bagus.
----

nota untuk orang yang diamuk:
memang pedih. sabar sayang. itu iman.
bukan semua amukan itu neraka.
dan bukan semua amukan itu purnama.
faham-fahamlah.
anggap saja itu amukan sayang.


nota untuk orang yang mengamuk:
memang geram. sabar sayang. itu iman.
jangan ikut hati nak ditunjal kepala orang.
simpan sedikit suara itu buat sendiri.
tiada siapa yang suka diamuk. memang rasa macam nak pecah kepala.
sabar saja.
bukan semua cepat ambil ilmu dijalan.
mereka jenis slow and steady. jangan amuk.
perlahan saja.


nota untuk orang yang bakal diamuk:
janganlah bikin orang susah.
jangan bikin orang geram.
tiada siapa yang suka mengamuk.
sebelum ditegur, sebelum ditempik, sebelum dipekik
ambil hati mereka. janganlah ampu.
ambil hati saja. dengar kata.
ampu itu bangang.


nota untuk orang yang bakal mengamuk:
tarik nafas sedalam mungkin. bayang segala indah.
pantai, benamnya matahari, pelangi, yang tercinta, yang di atas sana.
segalanya. jangan dilepas segala indah jika masih dalam rasa amukan.


nota untuk orang yang telah diamuk:
jangan menangis. jangan esak. jangan sendu. jangan pilu.
yang harus dan perlu cuma jangan ulang.
pisang tidak boleh berbuah dua kali.
biar kepala itu lebam ditunjal.
terima segala. lebam itu cuma kesan sampingan daripada amukan sayang.
jangan ulang ya, sayang?


nota untuk orang yang telah mengamuk:
kenapa mengamuk? janganlah mengamuk.
tidak baik untuk kesihatan.
darah meloncat-loncat, stres mendaki gunung, kepala mendenyut kencang.
kesian darah. letih meloncat-loncat.
kesian stres. lelah mendaki gunung.
kesian kepala. penat kencang mendenyut.
jangan ya, sayang?
ingat iman yang ada. penting.

Sunday, October 18, 2009

matahari yang pergi.

senandung rasa disambut bayu
dipersatu-satu tersembul rasa
dalam kelam
tempikan berpekik.
dan lalu bisu
dan lalu henti

matahari telah pergi.

Sunday, October 11, 2009

berhenti untuk mengingati.

aku petik dari blog seseorang yang baik:
Memandang terus ke hadapan, tidak ada pilihan untuk berpatah balik, kecuali Tuhan benarkan sistem kiraan waktu ke belakang.


Iaitu, contoh - selepas Rabu ialah Selasa. Selepas jam 7 ialah jam 6.

Tidak wujud hukum itu. Bukan hukum alam.
-ZA-

nota untuk ZA kalau membaca:
ini bukan entri untuk menyoal entri anda. cuma kisah lain yang ada kaitan sedikit sahaja. sebelum terlanjur. terima kasih. :)

jadi mungkinkah ianya salah untuk pandang ke belakang untuk seketika?
perlukah kita wujudkan satu ketika untuk berhenti lalu mengingati?
perlukah kita spesifikkan ketika itu untuk mengingati sahaja?
mungkinkah kalau kita berhenti seketika itu, kita kerugian besar dalam pencarian perkara duniawi?

kerana perkara yang selalu diingati, akhirnya dialir air mata atau kesayuan.

janganlah timbulkan apa-apa permasalahan sesudah membaca ini.
aku alaminya 2 hari yang lalu. dan timbul perkara-perkara yang temeh antara aku dan tersayang.
itu saja.

aku tahu dan memang terpampang di bola mata bahawa:
1) tak perlulah ingat benda-benda yang remeh-temeh. memanglah itu membuang masa!
2) memang ada perkara yang perlu kita ingati. seperti tokoh kemerdekaan.

oh. klise nya!

berhenti sebentar.
kadang-kadang, mengingati tokoh kemerdekaan juga merintis air mata dan menimbul kesayuan.
kadang-kadang, banyak kerja tergendala disebabkan oleh kita yang berhenti untuk mengingati.
sebab didalam ombak dunia ini, kebanyakannya diseling dengan dateline, expiry date. haha. :)

aku banyak kali terima nasihat.
kebanyakannya memang dari kemelut hati.
'alah.. tak payah la ko fikir lagi perkara tu.. let bygones be bygones. lepaskan je semua tu..'

bagai lagu itu. better in time.

lebih kurang begitu lah nasihat nya.
jadi, kalau kita lepaskan semua itu, kita akan dapat.......... apa?
lebih aman dan tenteram kan?

jadi, kalau kita lepaskan kisah pembebasan kita dari mamat-mamat penjajah itu,
mungkinkah kita akan lebih maju dan tenteram?
kalau kita lepaskan hikayat kebanggaan kita (kerana ianya dikira perkara lama juga),
mungkinkah kita akan lebih maju dan tenteram?

bagi aku, ya.

tapi, tentang pembebasan kita itu. memang tidak wajar dilepaskan.

kita lepaskan kisah kebanggaan kita.
kerana kalau kita pegang kisah itu sampai mati, kemungkinan besar, sepanjang kehidupan kita berpegang pada kebanggaan kita itu, hidung kita tinggi.
kita lepaskan hikayat hati yang direndam peluntur setelah berbunga mawar.
kerana kalau kita teguh dengan hikayat itu, kemungkinan besar, hati yang seterusnya tak mungkin akan diterima untuk memberi pewarna kepada hati yang luntur warnanya seketika dulu.

jadi, konlusinya, tidak wajar untuk berhenti untuk mengingati kecuali perkara yang perlu seperti orang-orang yang memberi kita tidur dalam bilik yang ada penyaman udara, jalan dalam sekitar alam yang tiada bingit-bingit bom, ketawa dalam kedai kopi yang aman, dan makan dalam dapur yang disesak dengan anak-anak riang.

aduh. otak serabut. maaf. memang aku perlu berjumpa mimpi.
selamat berjumpa mimpi.!

oh ya. mungkin lusa ada perkhabaran dari aku.
mungkin sahaja.

Friday, October 9, 2009

batas adil.

aku diserang masalah. lalu bilangnya aku ke semua, 'dunia memang tak adil! asyik aku je yang kena!'

cuba fikir kembali.

benarkah dunia tidak adil?
atau kau yang tidak jujur pada dunia?

benarkah dunia tidak adil?
atau kau yang tidak setia pada dunia?

benarkah dunia tidak adil?
atau kau yang tidak benar pada dunia?

---akan di edit nanti---

ok. mula lagi.

cuba fikir lagi.

mungkinkah dunia tidak adil sama aku..
kerana aku yang mula gaduh sama dunia ketika dahulu?

mungkinkah dunia tidak adil sama aku..
kerana aku yang tidak pernah fikir adil terhadap dunia?

dunia telah kerap menjadi adil terhadap kita.
diberi kita segala yang perlu.

pernahkah kita fikir.
mungkin aku yang bawa masalah. sebab itu dunia tiada adil sama aku.
mungkin akulah masalah. sebab itu dunia tiada adil sama aku.
mungkin aku saja yang rasa dunia tiada adil. sebab orang lain suka sama dunia.

dah lama aku rasa nak sebut ini.
'kamon la babe! kau tu yang rasa dunia ni perlu tumpu kat kau je!'

dunia ada ramai untuk dipelihara.
perlu banyak masa untuk dimata yang lain.
bukan kau saja.
tapi, bila tiba masa.
kita hendak pelihara dunia?
bolehkah kita adil pada dunia sepertimana dunia adil pada kita sentiasa?

seperti konsep ayah bonda dan nur ain nya.

ayah bonda jaga nur ain mereka sampai sujudnya diri ke tanah pencipta.
adil pada setiap nur ain-nur ain mereka.
disuap nur ain pertama dengan sesudu nasi. disuap juga sesudu nasi kepada nur ain kedua. dan seterusnya.
dibeli barbie untuk nur ain pertama. dibeli juga barbie untuk nur ain kedua. dan seterusnya.
tapi, bila tiba masa.
bukankah nur ain mereka juga perlu sejahterakan ayah bonda sampai masa kita dikambus ke alam kemudian?

dunia ibarat ayah bonda.
nur ain ibarat kita.

ditelan arus masa, dilayan gelombang dusta.
diri sendiri pun kita lupa, apatah lagi dunia yang saksama?

adakah aku telah keluar landasan?
siapa peduli? :)

sekarang kita perlu ingat.
tiada perlunya kita salahkan dunia kerana masalah menimpa.
tiada perlunya tiada tuding jari sama dunia atas rasa hati yang benci.

kerana dunia tidak pernah salahkan kita kerana masalah menimpa.
kerana dunia tidak pernah tuding jari sama kita atas rasa hati yang benci.

dunia sangat baik kerana sangat adil.

jangan kata yang dunia tidak pernah adil.

kerana jika tidak, kenapa kau masih berketawa sama rakan?
kerana jika tidak, kenapa kau masih selesa dengan bantal yang empuk?

cuma ada sesetengah yang rasa dia lebih adil daripada dunia.
jadi dia kuasai dunia.
sebab itu aku benci kuasa.

daud buli adiknya sebab dia ada kuasa abang sulung.
lokman pukul budak form 4 sebab dia ada kuasa budak form 5.
hamburger hempas api pada si-kejar-makanan-yang-turun-dari-helikopter kerana hamburger besar dan kuat. semua suka hamburger.

betapa kuasa boleh jadi hantu.

aku cuma suka kuasa Tuhan.

:)

Tuesday, October 6, 2009

Sunday, October 4, 2009

cinta itu satu jenayah.

Abu memberi belakang pada Maimun, bonda tersayang, dan Hamid, ayahanda tercinta kerana terlalu mengangkat dia-yang-baru-dinikahi.
JENAYAH.

Timah mengucap selamat jalan pada Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Merah kerana teramat kasih akan Mail, si mekanik belakang rumah.
JENAYAH.

Musa menjumpai Bomoh Sameon kerana terlalu gilakan Siti, anak Pak Kasim.
JENAYAH.

bagaimana nak aku sambung?

cinta memang jenayah kecuali satu.
Semua tahu apa cinta satu itu.
tidak dibagitahu semua sudah tahu.
pada sesiapa yang tidak tahu,
kenali lah yang satu itu.
kenali yang satu itu,
sayangi yang satu itu,
cintai yang satu itu.
kerana Dia Maha satu.

Thursday, October 1, 2009

aku yang tau segala.

"kau tau tak yang siti tak suke dengan budak gemok gedempol tu?"
"tau." *muka slamber*

"kau tau tak yang boifren si nani tu, alah.. dani tuu.. dier 'bom' adik angkat dier sendiri!"
"tau." *muka slamber lagi*

"kau tau tak, si plastik, rina tuu... dah putus ngn rafik!"
"tau." *muka paling slamber*

merasa diri layak ditabik spring.
merasa semua di keliling paling hancing.
merasa segala di dunia tiada penting.

sedar lah sikit. awak tu siapa
nak bercakap tentang mereka-mereka?

si tini yang gemok gedempol, sedangkan dia paling inosen. awak?
si hani adik angkat si dani, sedangkan dia paling suci. awak?
si rina yang putus dengan rafik, sedangkan dia paling di awangan. awak?

situasi sama macam beli durian.
step 1: guna mata. lihat dahulu.
step 2: tanya tokei, soal selidik dahulu sebelum dibawa dari mulut ke mulut.

contoh.
"wow. banyak nye durian! dah musim dah ni!"
"tokey, berapa harga? boleh bukak sikit ka? mau tengok isi. ada tester ka? mau tau sedap tak."

tanya lah seberapa banyak soalan yang kau mahu.
asalkan kau tanya dahulu sebelum meraba-raba dalam gelap.
kalau ter-raba apa-apa yang tidak patut diraba, kau sendiri yang nahas.
haha.

Tuesday, September 29, 2009

dunia aku yang punya.

aku nak berasap di kedai makan.
aku nak membingit di perpustakaan.
aku nak menyumpah dalam rumah Tuhan.

hu cares...? *muka toya nak mampus.*

lalu berasaplah dia di sedang orang santap.
lalu membingitlah dia di sedang orang senyap.
lalu menyumpahlah dia di sedang orang mengucap.

kenapa perlu rempuh peraturan hidup?
ditegah orang mencari maut, kau hidup untuk maut.
ditegah orang menghancur tenang, kau hambur keluar tenang.
ditegah orang merosak bahasa, kau sengaja serang bahasa.

"malam ni, aku nak muhasabah diri."
*malam datang*
"aku tak berdosa hari ni. budak baik."
*padahal orang tua lalu, dilangggar, terjelepuk si tua. didekah lagi ada.*

abah baru pulang dari sawah. lelah. terik hari ni.
abah minta air.
"alahai.", kata Ali yang dari pagi melekat di depan kotak bergambar itu.

"rashid, meeting esok pukul 2."
"baik, bos."
*esok jelang. dah pukul 3. bulu hidung rashid pun tak nampak.*
"sorry, bos. saya keluar makan."

dia peduli apa orang tua jatuh, lalu didekah? asal aku bahagia.
dia peduli apa abah haus, lelah turun ke sawah? asal aku bahagia.
dia peduli apa bos tunggu lama bersama pengarah? asal aku bahagia.

tak perlu ditabik seperti perajurit. tak perlu dicium pipi ke pipi. tak perlu dipuji setinggi langit.

hormat setulus hati saja.

"awak hormat saya. saya akan hormat awak balik."

tapi.
ada mungkinkah, segala itu, telah ditiup malap?
ada mungkinkah, segala itu, telah ditinjak lenyek?
ada mungkinkah, segala itu, telah dihapus hangus?


hikayat tiada judul berhenti di sini untuk memberi penghormatan kepada mata yang makin kuyu.

Monday, September 28, 2009

saya perlu alasan untuk hidup.

situasi 1: esok ada fashion show. emcee anda, fifi, sakit tekak.
apa beza orang yang enjoy tugasnya dan orang yang malas peduli dengan tugas?

enjoy tugas:
"esok, awak akan jadi emcee untuk fashion show. ganti fifi. dia sakit tekak", kata lela.
"ok!", jawab ahmad.

malas peduli dengan tugas:
"siti. fifi sakit tekak la. to...."
*belum habis ayat seterusnya.. siti jawap,...*
"no. esok aku nak keluar dengan pezal."
-------------
situasi 2: bos anda baru nak pegi tunaikan haji. seluruh warga ofis buat kenduri doa selamat.
apa beza orang yang ringan tulang dengan orang yang pertolongannya memang kurang?

ringan tulang:
"timah, kau perlu aku tolong lagi tak? kesian kau banyak kerja."
*dan hasil kerjanya, memang cemerlang*

pertolongan yang memang kurang:
"haih. banyak lagi ke kerja ni? aku dah letih la. banyak gile aku buat."
*padahal tugasnya sikit je. hasilnya lagi sikit. jelas tak ikhlas.*
------------
situasi 3: ada jawatan kosong lengkap bersama pejabat dengan view yang paling hebat.
apa beza orang yang suck-up dengan yang paling jujur?

suck-up:
"tuan, laporan mesyuarat pagi tadi dah siap."
"bagus. cemerlang kerja awk, ghani!"
*padahal kerja kasim yang lain banyak tergendala disebabkan laporan itu*

jujur:
"ghani, mana laporan mesyuarat?"
"kasim yang buat, tuan."
"kenapa pulak? saya suruh awak yang buat."
"saya keluar makan awal tadi."
-----------
bagus lah dunia ada orang yang malas peduli dengan tugas, orang yang pertolongannya memang kurang dan orang yang suck-up kerja. baru fun.

hantuk kepala anda dekat dinding.

sedar tak kau menyusahkan orang lain?
sedar tak kau melambatkan kerja yang simple?
sedar tak kau menyeksa orang yang memang kuat kerja?

dah la.

p/s: orang yang rasa manusia yang malas peduli tugas, manusia yang pertolongan kurang dan manusia yang suck-up itu bagus, patut balik rumah tido shj.

p/s lagi: ini bukan entry amarah. :) trust me.

aku baru di sini.

aku bukan nak ikut orang ramai yang punya blog. tidak.
aku bukan nak cerita segala tentang aku di blog. tidak.
aku bukan nak luah segala amarah aku di blog. tidak

mencaci
mencacai
mengeji
bukan kerja aku.

aku cuma rasa menulis itu bagus untuk aku.
bukan penulis harapan aku.
impian cuma berkait dengan menulis.
di blog, kita tak menulis. tapi menaip.
ok. haha.

aku dengar kata orang, blogging bagus untuk aku.
untuk permulaan. kata mami.
aku ok.
jadi aku buat blog.

tentang penulisan aku.? ups. penaipan aku.
random lah. tak kisah sangat. kan?