Saturday, March 20, 2010

curtain call untuk aku

aku pernah kata aku seksa sebab kau.
tapi, sebenarnya aku juga paling bahagia sebab kau.
atas nasihat rakan aku, aku bagi diri aku peluang untuk perbetulkan semua ini.

setelah itu, aku rasa aku paling bahagia.
ada orang kata, bila dapat rasa sakit dalam cinta, itu memang cinta betul.
memang aku paling terseksa dulu.
sekarang aku paling bahagia.

aku memang dah lama sedar ini sekadar cinta sekolah a.k.a cinta monyet a.k.a cinta anak anjing.
aku tak kisah.
sebab aku sudah dapat rasa bahagia dengan kau.
tak kiralah anak anjing atau monyet.

bagi aku, kau paling hebat.
apa lagi yang harus aku cakap? dalam diri aku, kau dah kuasai aku.

tapi,
dalam diri kau?

tepuk tangan untuk aku sebab aku sendiri jaja diri aku tengah pasar.
bagi malu.

Friday, March 12, 2010

untuk kamu.

tiba-tiba dapat inspirasi untuk buat.
padahal semalam memang kering idea nak buat.

Terima kasih
kerana pernah terbangkan aku ke langit tinggi
sempat aku temu cahaya rembulan terang
Terima kasih
kerana pernah hanyutkan aku ke tengah lautan
sempat aku hirup bayu sepoi nan lembut
Walau aku tak pernah sampai ke destinasi
Aku tetap mahu terima kasih
Sungguhnya ia sangat terpaling cantik rupa
Kerana detik kita berdua
Jauh nilainya dari berjuta warna.

to you my dearest.

Thursday, March 11, 2010

terlalu cukup terkilan rasanya.

cukup tepat untuk gambarkannya.
terkilan. seperti memanah dan panahannya tepat.
terlalu tepat.

aku bodoh-bodohkan aku sebab kau.

patut tulis sesuatu untuk kamu dan kamu seorang.
tapi, hati enggan kerana terlalu seksa rasanya.
seperti dipijak lenyek hati kecil ini.

tapi, jangan bimbang.
kau tetap terpaling cantik lukisannya dihati.

aku perlu pergi.
tolong buat sesuatu agar aku ikatan mati ini dapat terlerai.