Tuesday, January 19, 2010

kembali.

pernah sekali aku entrikan sesuatu di sini tentang hati.
yang pada mula entri itu, ada aku memberi amaran jika ada orang yang muak dengan entri cinta, henti membaca.
disini, perkara sama. pulanglah ke fesbuk anda atau twitter anda. jangan baca entri luak ini.

tempoh hari, aku jumpa dia.
meeting antara dia, aku dan rakan-rakan aku.
buat kali pertamanya, aku mencatat apa yang diperkata semasa pertemuan itu.
selama ini, tidak pernah sekali pun aku mencatat.
kenapa?
sebab, jikanya aku tidak mencatat apa yang patut semasa perjumpaan itu, aku akan terus lupa kerana terlalu asyik menatap dia.

aduh.
janganlah rasa itu kembali!
hati aku tenang sahaja bila tiadanya rasa terhadap dia.
kini, ia datang menyerang lagi.
sms antara dia dan aku yang berjela-jela tidak aku padam.
bila dapat online, pentingnya aku buka skype dahulu untuk tahu dia online atau tidak.
layari fesbuk, aku harap dia reply komen aku terhadap statusnya.

memang dah nasib aku. :|

Monday, January 11, 2010

pak belalang tidak bertauliah.

aku mahu tahu kesudahan cerita ini.

tapi, bagaimana nak sudah bila mulanya pun belum?
mula pun aku dah tidak tahu mana mula.
aku dah minta untuk sudah?
aku memang tidak fun.

sudah teraba-raba untuk sudahannya.
itu kira menipu. kan?
mencari jalan pintas untuk kepentingan sendiri.

Monday, January 4, 2010

aku harap segalanya.

aku harap yang paling tinggi dari mereka.
itu lah masalah aku.
dan bila mereka yang tertentu tak dapat penuhi harapan aku yang tinggi menggunung, aku jadi hulk.
rasa nak mencarut.
rasa nak sampai kaki ke perut.
rasa nak lempar saja dalam laut.
rasa nak hinggap tangan ke muka.
rasa nak pancung saja kepala.
rasa nak cincang segala.

kerana,

mereka memang patut diletak harapan tinggi menggunung. mereka paling bagus banding semua.
mereka ini memang dipilih khas.
disetujui. dipercayai. diyakini.

dan aku, sebagai kepala mereka, jadi pecah bila ini berlaku.
bila tegur sekelumit, surat berhenti sampai.
bila bersuara sedikit, laporan untuk cikgu tiba.
bila disuruh buat segala kerja, endahkan aku.

mungkin kalau dipelangkung dengan kayu, mereka akan berubah.
harap masa tolong.

Friday, January 1, 2010

2010.

terang tajuknya. 2010. (:

pertama sekali,
selamat datang, 2010!
laju sungguh anda datang bertandang. tadi, aku baru sahaja mula merangkak. *sebak*
semasa letupan bunga api di tv tadi, meremang bulu roma. kenapa ya?
adik aku bersorak 2010 datang. anak kecil.
eh, aku lupa! aku begitu juga lah 10 tahun yang lalu!

---lain hal---
mereka yang menyambut kedatangan 2010 di dataran, di stadium, di padang, sanggup berhempas pulas, mengharung sesak di jalan, ya? ajaib.
agaknya, jam berapa mereka sudah tercongok depan pentas-pentas sambutan ya?
agaknya, jam berapa mereka akan sampai di rumah ya? dengan sesak-sesak merata?
agaknya, sanggupkah aku harung itu? tidak? mungkin? ya? entah?
mereka suka. biarlah. aku sibuk kenapa? entah.

seperti orang lain dan seperti biasa, azam tahun baru adalah seperti berikut ;
1. aku mahu jadi budak baik. *sangat kanak-kanak!*
2. aku mahu belajar lebih supaya senang otak semasa waktu debaran hujung tahun nanti.
3. aku mahu kurus. (: *kalau tak pun, turun sikit berat badan dan kecilkan paha*
4. aku mahu jadi yang bagus, dihormati, disenangi, dan segala 'di'.
5. aku mahu senyap lebih dan cakap kurang. *mulut tak dapat henti!*
6. aku mahu terus jadi anak solehah. *amin*
7. aku mahu jadi lebih tenang bila hadapi rintang.
8. aku mahu jadi lebih bagus dalam karya seni tulisan.
---apa lagi ya? aku mahu sepuluh.---
9. aku mahu teguhkan semangat kerjasama dalam lembaga.
10. aku mahu hidup ibubapa aku, keluarga aku, guru-guru aku, dan rakan-rakan aku sejahtera sentiasa.

aku mahu juga imbas apa yang aku sudah lakukan sepanjang 2009.
tapi, senarainya takkan habis. jadi, biar aku tinggalkan semua 2009 dalam hati.
biar segala yang terjadi, jadi hadiah untuk aku, dan mereka di sekeliling aku.

jadi, 2010, aku harap aku baik dalam tempoh 365 hari kau.
harap kita sentiasa hidup dalam sejahtera dan gembira.
sekali lagi, selamat datang. (:

entri pertama untuk 2010.

nota :: semasa aku menulis ini, tarikh sudahpun 1.1.2010. tolong jangan percaya tarikh di atas. :)